Rawatan Rambut Kering & Gugur Secara DIY, Murah Dan Jimat!
Rambut kering dan gugur sering menjadi masalah ramai orang sama ada lelaki dan wanita. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menghilangkan kelembapan pada rambut kita.
Antaranya ialah pendedahan sinar matahari, penggunaan bahan kimia pada produk rambut, dan pemakaian produk yang tidak sesuai.
Namun, anda tak perlu risau! Kini, anda tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk pergi ke salon atau membeli produk perawatan mahal.
Artikel ini akan kongsikan rawatan rambut kering dan gugur secara diy yang murah dan dapat membantu mengatasi masalah efektif!
Sebelum itu, ayuh kita mengenalpasti faktor yang menyebabkan rambut kering.
Bagaimana Rambut Kering Terjadi?
Rambut kering terjadi apabila rambut kita tidak dapat mengekalkan atau mendapatkan kelembapan yang cukup. Apabila rambut kering, ia tampak kusam, keriting, serta hilang kekuatan.
Minyak pada lapisan luar rambut membantu melindungi lapisan dalam dan menjaga kelembapan. Namun, jika minyak ini tidak mencukupi, rambut akan menjadi sangat kering.
Selain kekurangan minyak, terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan rambut kering seperti terdedah kepada sinar matahari dan angin, mencuci rambut terlalu kerap, dan menggunakan alat yang merosakkan rambut.
Dengan memahami faktor-faktor ini, kita dapat mengambil langkah-langkah untuk menjaga kelembapan rambut kita dan mencegah rambut kering.
Oleh itu, terdapat beberapa cara yang anda boleh mencuba di rumah untuk mengatasi masalah rambut kering.
Rawatan Rambut Kering
Anda boleh dapatkan bahan-bahan mudah untuk merawat rambut yang kering. Comfirm jimat dan senang didapati!
1. Minyak zaitun
Minyak zaitun merupakan salah satu rawatan yang sangat popular untuk merawat masalah rambut kering.
Ia dapat memberikan kelembutan dan kekuatan pada rambut dengan menembusi setiap helai rambut serta menjaga kelembapan rambut.
Selain itu, kandungan vitamin e yang tinggi dalam minyak zaitun juga dapat menyembuhkan rambut yang rosak dengan melicinkan lapisan luar rambut.
2. Madu
Madu merupakan salah satu bahan semulajadi yang sangat sesuai sebagai rawatan sampingan untuk merawat masalah rambut kering atau rosak.
Jika anda mengalami masalah rambut kering atau rosak, madu dapat membantu kerana ia mempunyai sifat humektan semula jadi yang dapat menarik dan mengekalkan kelembapan pada rambut.
Selain itu, madu juga mengandungi antioksidan dan nutrien yang baik untuk folikel rambut, membantu menjaga kelembapan pada rambut anda.
Hasilnya, rambut anda akan menjadi lebih lembut, subur, lebat, dan berkilat!
3. Telur
Telur bukan hanya sedap dan sihat untuk dimakan, tetapi juga mempunyai banyak manfaat untuk rambut!
Hal ini disebabkan mengandungi kandungan protein, sulfur, dan biotin yang tinggi dalam telur, ia dapat menguatkan dan menyihatkan rambut jika digunakan sebagai masker rambut.
Di samping itu, telur juga dapat memperbaiki rambut yang rosak, kusam, dan tak bermaya dengan menambah kelembapan, kilau, dan tekstur pada rambut.
Jadi, jangan lupa masukkan penggunaan telur dalam rawatan dan masakan!
Bagaimana Rambut Gugur Terjadi?
Apa sebenarnya punca utama keguguran rambut lelaki dan wanita?
Keguguran rambut boleh berlaku dalam pelbagai cara, bergantung kepada faktor penyebabnya.
Tanda dan simptom keguguran rambut termasuk:
1. Penipisan berperingkat di bahagian atas kepala.
Ini merupakan jenis keguguran rambut yang paling umum, yang dialami oleh lelaki dan wanita apabila mereka menua.
Rambut akan mula menipis pada bahagian rambut kerana rambut gugur.
2. Kawasan botak yang bulat atau tidak lengkap.
Biasanya, jenis keguguran rambut ini hanya mempengaruhi kulit kepala, tetapi kadang-kadang juga boleh berlaku di bahagian janggut atau dahi.
3. Keguguran rambut secara mendadak.
Jenis keguguran rambut ini biasanya menyebabkan penipisan rambut secara keseluruhan dan bukan botak berpola.
4. Keguguran rambut atau bulu di seluruh badan.
Beberapa keadaan dan rawatan perubatan, seperti kemoterapi untuk kanser, boleh menyebabkan kehilangan rambut di seluruh badan.
Biasanya, rambut akan tumbuh semula setelah rawatan selesai.
Biasanya, keguguran rambut berkait dengan satu atau lebih faktor seperti berikut:
1. Tekanan fizikal
Sebarang jenis pembedahan, trauma fizikal, kemalangan kenderaan, atau penyakit yang serius dapat menyebabkan kehilangan rambut sementara.
2. Kekurangan protein
Kekurangan protein dalam diet menghentikan pertumbuhan rambut kerana tubuh menggunakan protein yang tersedia untuk fungsi tubuh yang lain.
3. Faktor keturunan
Keguguran rambut wanita, yang juga dikenal sebagai androgenetic alopecia, adalah pola kebotakan yang sama dengan pola kebotakan pada lelaki.
Wanita yang mengalami keguguran rambut mungkin mengalami penipisan rambut yang signifikan.
4. Tekanan emosi
Tahukah anda, tekanan emosi juga dapat menyebabkan keguguran rambut.
Kondisi menyebabkan kerengsaan dan keradangan kulit kepala ialah iopecia areata lantas mengakibatkan masalah rambut.
Malah, ia boleh menyerang kulit kepala namun juga kawasan kulit lain yang penuh dengan rambut atau bulu seperti tangan, kaki atau ketiak.
Jadi, bagaimanakah anda boleh merawat masalah rambut gugur?
Rawatan Rambut Gugur
Anda boleh merawat masalah rambut gugur dengan menggunakan bahan-bahan berikut:
1. Kelapa dan madu
Madu membantu dalam mengekalkan kelembapan dan menambahkan kilauan pada rambut kita.
Caranya sangat senang.
1. Campurkan satu sudu besar minyak rambut kelapa yang dipanaskan dengan satu sudu besar madu asli dalam satu mangkuk.
2. Kacau rata sehingga campuran menjadi adunan yang lengkap.
3. Sapukan masker ini ke kulit kepala dan rambut anda dan biarkan selama kira-kira 20 minit.
4. Bilas bersih dengan air suam untuk hasil terbaik.
2. Kelapa dan kuning telur
Kuning telur kaya dengan vitamin yang membaiki rambut yang rosak dan menghalang kerosakan rambut selanjutnya.
Untuk membuat masker ini;
1. Campurkan satu kuning telur dengan dua sudu besar minyak rambut kelapa dalam satu mangkuk.
2. Sapukan masker ke rambut yang lembap.
3. Gunakan shower cap untuk mengelakkan masker daripada menitis.
4. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air sejuk.
3. Kelapa dan pisang
Satu lagi masker rambut yang mudah dibuat melibatkan kelapa dan pisang.
1. Kacau setengah pisang dan satu sudu besar minyak rambut kelapa dalam pengisar hingga rata.
2. Setelah adunan menjadi, tuangkan ke dalam mangkuk dan urut kulit kepala dengan masker ini.
3. Biarkan selama 20 minit sebelum membilas dan menggunakan syampu.
Dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti kelapa, madu, kuning telur, dan pisang, anda dapat merawat masalah rambut gugur serta memberikan kelembapan dan nutrisi pada rambut.
Gunakan rawatan ini secara berkala untuk hasil yang lebih baik.
Kesimpulannya, marilah kita berikan penjagaan terbaik kepada rambut kita agar kita juga menjadi lebih berkeyakinan.
Siapa kata rambut kering dan gugur tidak dapat diatasi?
Namun, pastikan anda memilih produk yang sesuai dan gunakan alternatif lain seperti bahan semulajadi. Lakukan kajian terlebih dahulu terhadap produk yang anda ingin gunakan. Hindari bahan kimia yang berbahaya.
Dengan menggunakan produk daripada sailajah, anda dapat menjaga dan merawat rambut anda dengan penuh kasih sayang.
Sailajah adalah jenama tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2013 dan telah berkembang dari perniagaan penjagaan kulit yang kecil kepada sebuah empayar kesihatan dan kecantikan.