13 Tips Penjagaan Rambut Bagi Wanita Bertudung
Bertudung bukan alasan untuk mengabaikan penjagaan mahkota wanita iaitu rambut. Mungkin ramai yang ambil ringan tentang penjagaan rambut kerana ia ditutup dengan hijab.
Pandangan itu salah kerana wanita bertudung wajib menjaga rambut dengan lebih daripada yang tidak bertudung. Kenapa?
Lanjutkan bacaan anda dengan membaca tips penjagaan rambut bagi wanita bertudung untuk ketahui lebih lanjut.
13 tips penjagaan rambut untuk wanita bertudung
Menjaga rambut adalah sangat penting untuk memastikan ia sentiasa dalam keadaan yang bersih, lembut dan rapi.
Ini kerana, setiap orang ada lain jenis rambut, kehidupan seharian dan cara penjagaannya.
Jika anda seorang yang bertudung, lain pula cara menjaganya.
Anda sedang baca artikel yang tepat untuk mengetahui tips penjagaan rambut untuk wanita bertudung.
1) Sikat rambut
Pastikan anda menyikat rambut terlebih dahulu sebelum mencuci rambut agar rambut mudah untuk dicuci dan tidak akan kusut.
Rambut yang tidak terurus dan kusut akan menyukarkan proses untuk mencuci dan dikhuatiri akan membuatkan rambut menjadi gugur ketika basah.
Selepas selesai mencuci, keringkan rambut dan sikat ia menggunakan jari dengan lembut.
2) Cuci rambut
Tips ini adalah perkara yang paling penting kerana anda perlu mencuci rambut anda selang sehari atau basuh sahaja tanpa menggunakan syampu.
Di samping itu, anda dilarang untuk mencucinya setiap hari kerana rambut yang kerap basah akan menyebabkan keguguran yang teruk.
3) Cuci rambut dengan air panas
Perbuatan ini akan membuatkan tekstur rambut anda akan menjadi lebih kasar, kering dan mengerbang.
Sebaliknya, gunakan air yang bersuhu sederhana atau sejuk untuk mendapatkan rambut yang bersih dan cantik.
4) Dandan rambut
Rambut serabut atau menggerbang adalah perkara biasa selepas bangun dari tidur. Penggunaan tonik dan serum sahaja tidak mencukupi untuk dipakai sebelum tidur.
Oleh itu, cuba lakukan dandanan atau tocang rambut secara longgar agar ia rapi walaupun selepas bangun tidur.
5) Syampu dan perapi yang sesuai
Sebelum mencuci rambut pastikan anda mempunyai syampu dan perapi yang bersesuaian dengan rambut anda ye.
Jika anda tidak pasti, boleh mendapatkan nasihat daripada pakar kerana kulit kepala adalah sangat sensitif dan boleh menyebabkan keguguran yang teruk jika salah pilih produk.
6) Serum atau tonik
Selepas seharian menjalankan aktiviti di luar, pastinya kulit kepala berminyak dan rambut kurang bermaya selepas terperap di dalam tudung.
Oleh itu, disarankan untuk membelai dan memanjakan rambut anda dengan tonik atau serum sebelum tidur.
Ini akan dapat membantu agar kulit kepala dan rambut menyerap nutrien supaya kekal sihat dan kuat.
7) Getah rambut yang sesuai
Elakkan daripada menggunakan getah yang jenis kasar seperti getah biasa atau getah tempe.
Gunakan getah rambut yang diperbuat daripada baldu ataupun satin.
Paling penting adalah jangan sesekali ikat rambut anda terlalu ketat.
8) Jangan sanggul rambut yang basah
Antara kesilapan yang seringkali dilakukan adalah mengikat rambut ketika masih basah.
Sebaiknya pastikan rambut benar-benar kering sebelum membuat sanggul dan memakai tudung.
Ini adalah kerana rambut yang tertutup dalam keadaan basah akan mengakibatkan masalah kelemumur selain boleh menjadikan rambut semakin kusut.
Selain itu, kulit kepala juga akan lebih mudah berminyak dan boleh membuatkan hujung rambut menjadi cepat rosak dan bercabang.
9) Jaga pemakanan demi rambut
Hakikatnya, rambut juga memerlukan nutrien yang mencukupi untuk menjadikan rambut anda kelihatan sihat dan cantik sentiasa.
Oleh itu, anda perlu mula mengambil makanan tambahan yang berasaskan vitamin yang mengandungi biotin, silika dan lain-lain.
10) Pakai anak tudung yang sesuai
Wanita wajib gunakan anak tudung yang bersesuaian iaitu sejenis fabrik kapas supaya serap peluh.
Ini kerana, berpeluh adalah perkara biasa bagi wanita yang bertudung terutama ketika cuaca yang panas terik atau ditempat yang sesak.
11) Kain tudung ringan dan nipis
Untuk pengetahuan semua, tidak semua material tudung boleh digunakan kerana ada sesetengah boleh menyebabkan rambut dan kulit kepala anda menjadi gatal terutamanya sejenis material yang berat dan keras.
Oleh itu, pilih kain untuk tudung anda dengan tepat iaitu yang bersifat ringan dan nipis.
Biasakan melilit tudung dengan mudah dan tidak ketat. Ini bertujuan supaya memberikan pengaliran udara yang baik kepada kulit kepala dan rambut.
12) Warna tudung yang lembut
Disebabkan iklim negara kita yang jenis panas pada siang hari, warna-warna gelap adalah kurang menjadi pilihan.
Jadi, pilihlah warna tudung seperti putih, biru muda dan warna-warna lembut kerana ia mampu untuk membebaskan wap yang terperangkap di kawasan rambut dan kulit kepala sepanjang hari.
13) Salun dan spa
Akhir sekali, jangan lupa manjakan rambut anda dengan mengunjungi salon atau spa untuk membuat rawatan rambut.
Pastikan hujung rambut yang bercabang sentiasa di potong untuk memastikan ia mudah diuruskan.
Tambahan pula, di salun mudah melakukan rawatan rambut supaya ia kekal sihat dan kuat.
Produk Rekomendasi
Mungkin anda sedang tercari-cari lagi produk yang bersesuaian dengan rambut anda. Anda boleh cuba produk yang selamat lagi menyakinkan di bawah ini.
A) Natural Nourishment Shampoo
Syampu ini juga mengandungi castor, argan, basil dan lavender untuk mengekalkan rambut dan kulit kepala supaya kekal sihat.
Ia membantu anda untuk membersihkan kulit kepala anda dengan baik.
Selain itu, mengelakkan rambut menjadi rosak.
Dandruff Control Shampoo
Syampu kelemumur ini dapat membantu anda untuk mengurangkan kelemumur dan kekeringan pada kulit kepala, melegakan kegatalan dan mengekalkan kulit kepala yang sihat.
Tambahan pula, ia mampu untuk mengawal kulit kepala yang mengelupas dan bersisik serta mempunyai fungsi anti bakteria dan anti-radang.
Bagus bagi wanita berhijab untuk kekal aktif sepanjang seharian bekerja!
B) Scalp Tonic
Tonik ini benar-benar ajaib untuk membantu mencegah rambut yang jenis nipis, pramatang dan dapat memperbaiki dan menguatkan rambut.
Ia turut dapat merangsang pengeluaran rambut baharu.
C) Hair Serum
Serum rambut ini dapat membantu untuk menambahkan pertumbuhan rambut. Ia mengandungi 20 jenis ekstrak minyak herba untuk merawat masalah rambut.
Selain itu, ia merawat kulit kepala dan rambut untuk mengalakkan rambut anda tebal dan kuat supaya rambut anda menjadi lembap dan lembut.
D) Smoothing Hair Cream
Ingin rambut kelihatan licin dan bersinar ? Smoothing cream ini jawapannya!
Pada masa yang sama, ia akan melindungi rambut anda daripada rosak akibat selalu terdedah kepada matahari dan berhijab hampir 12 jam.
Tuntasnya rambut ini adalah mahkota seorang wanita yang sama ada bertudung atau tidak. Jadi, marilah kita memberikan penjagaan yang terbaik supaya kita pun menjadi lebih berkeyakinan.
Tetapi, pastikan anda memilih produk yang mempunyai bahan semulajadi. Kaji dahulu produk yang anda hendak gunakan. Elakkan daripada bahan kimia yang berbahaya.
Dengan menggunakan produk daripada sailajah anda dapat menjaga dan membelai rambut anda dengan kasih sayang.
Sailajah merupakan jenama tempatan yang telah ditubuhkan pada tahun 2013 dan telah berkembang daripada perniagaan penjagaan kulit secara kecil-kecilan kepada empayar kesihatan dan kecantikan.
Klik link di bawah untuk membuat pembelian atas talian.