Serum Rambut: Kebaikan dan Cara Pemakaiannya

heading_title

Penjagaan rambut merupakan salah satu aspek kebersihan yang sangat penting. Salah satu produk yang dapat membantu dalam memastikan kesihatan rambut adalah serum rambut.

Namun begitu, masih ramai yang tidak tahu tentang serum untuk rambut serta kebaikan memakainya. Amatlah rugi jika anda tidak masukkan pemakaian serum dalam rutin penjagaan rambut anda!

Serum rambut mempunyai pelbagai kepentingan dan kelebihan untuk kesihatan rambut yang anda perlu tahu.

Oleh itu, di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang apa itu serum rambut, kelebihannya serta cara penggunaan serum yang betul.

Teruskan membaca untuk ketahui dengan lebih lanjut!

Apa Itu Serum Rambut?

serum rambut

Serum rambut adalah produk yang diformulasikan dari bahan-bahan aktif yang meresap ke dalam helaian rambut anda untuk mengukuhkan dan memaksimakan kekuatan rambut anda.

Ia berfungsi sebagai lapisan perlindungan silikon untuk styling rambut dan juga untuk melindungi rambut daripada kerosakan haba dan pencemaran.

Serum rambut juga dapat membantu memudahkan styling rambut dengan menjadikan rambut anda lebih lembut dan rapi. Ia boleh dipakai pada rambut kering mahupun basah.

Setiap serum rambut juga diformulasikan untuk memperbaiki rambut mengikut keperluan rambut berbeza-beza seperti masalah rambut frizzy, kering dan kusut.

Jadi, bergantung pada formula, serum rambut dapat melindungi rambut anda daripada kerosakan di samping mencantikkan lagi rambut anda.

5 Kebaikan Serum Rambut

1. Melicinkan Rambut

serum rambut

Memakai serum rambut akan membantu rambut anda untuk kelihatan lebih licin dan bersinar kerana salutan silikon pada helaian rambut serta sifatnya yang anti-frizz.

2. Menyinarkan Rambut

Salutan silikon serum pada helaian rambut anda juga akan membantu untuk memantulkan cahaya, menjadikan rambut anda lebih sinar dan lurus.

3. Mengawal Rambut Kembang

serum rambut

Rambut yang kembang atau kering biasanya disebabkan oleh rambut yang tidak bermaya dan kurang sihat. Silikon dalam serum rambut dapat menangani masalah itu.

Silikon ini akan melapik helaian rambut anda dan menambahkan berat padanya yang dapat mengawal rambut daripada naik dan kembang.

Silikon yang menyaluti rambut ini juga boleh bantu dalam mengekalkan struktur rambut semula jadi anda.

4. Melindungi Rambut Daripada Kerosakan

Silikon yang menyaluti helaian rambut anda juga akan melindungi rambut anda dari pelbagai kerosakan, termasuklah:

 Pemprosesan kimia akibat mewarnakan, mengerintingkan atau meluruskan rambut menggunakan bahan kimia.

    Kerosakan haba akibat penggunaan alat pengering dan alat penggayaan rambut.

    Kerosakan UV akibat pendedahan dari matahari.

   Kerosakan tekanan mekanikal akibat penggayaan rambut yang berulang.

Oleh itu, serum rambut biasa digunakan sebagai pelindung haba dan dipakai sebelum menggunakan apa-apa alat penggayaan rambut.

5. Mengawal Rambut Kusut

rambut kusut

Seperti conditioner rambut, serum rambut juga boleh mengurangkan kekusutan dan simpul-simpul pada rambut.

Ini akan memudahkan anda untuk menyikat, mengurus dan menggayakan rambut anda serta memastikan rambut anda kelihatan lebih terurus dan kemas.

Cara Gunakan Serum Rambut

1. Kenalpasti Jenis dan Masalah Rambut Anda

serum rambut

Setiap serum rambut diformulasikan untuk menangani masalah yang berbeza-beza.

Sebelum menentukan serum rambut yang sesuai untuk anda, anda perlu kenal pasti jenis rambut anda serta masalah rambut yang anda hadapi.

Anda boleh cuba untuk menganalisis rambut anda dengan terperinci bermula dari akar hingga ke hujung rambut dan kenal pasti apa-apa masalah pada rambut anda.

2. Aplikasi Serum Pada Rambut yang Setengah Kering

serum rambut

Serum rambut digalakkan untuk diaplikasikan pada rambut yang setengah kering bagi memastikan formulasinya mudah untuk meresap kedalam helaian rambut.

Tuangkan serum pada tapak tangan anda dan ratakan pada tapak tangan hingga ia menjadi hangat. Kemudian, baru sapukan pada rambut.

3. Mulakan Aplikasi Serum dari Hujung Rambut

Mulakan dengan meratakan serum pada hujung rambut dan akhirkan dengan pangkal kepala anda. Ini bagi mengelakkan sisa produk untuk berkumpul di kulit kepala anda.

Seterusnya, sikat rambut anda menggunakan jari untuk meratakan serum pada setiap helai rambut anda.

4. Pastikan Rambut Anda Bersih

Pastikan rambut anda bersih dari kekotoran dan debu apabila mengaplikasikan serum bagi memaksimalkan keberkesanan serum tersebut pada rambut anda.

rambut bersih

5. Elakkan Daripada Menggunakan Serum Secara Berlebihan

Elakkan menggunakan serum dengan terlalu banyak kerana ia boleh meninggalkan sisa produk pada rambut anda. Sebaiknya, mulakan dengan kuantiti yang sikit.

Kemudian, anda boleh menambah lagi serum jika tidak mencukupi.

6. Tidak Perlu Dibilas

serum rambut

Selepas memakai serum, anda tidak perlu membilasnya dengan air. Anda boleh menggayakan rambut anda seperti biasa.

Kesimpulannya, mengamalkan pemakaian serum rambut dalam rutin penjagaan rambut anda sangat bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan rambut anda.

Jika anda sedang mencari serum rambut yang berkesan dan berkualiti tinggi, cubalah Sailajah Hair Treatment Serum!


serum rambut

Serum rawatan rambut ini dapat membantu dalam meningkatkan pertumbuhan rambut anda. Penyelesaian nyata untuk memberikan rambut anda nafas baru!

Ia mengandungi 20 jenis ekstrak minyak herba untuk mengelakkan pelbagai jenis masalah rambut dan memberikan rambut anda kerapian, kelembapan dan sinar.

Ia mempunyai rawatan pelbagai fungsi untuk kedua-dua kulit kepala dan rambut.

Ia meningkatkan pertumbuhan rambut, menjadikan rambut lebih tebal dan kuat, menghilangkan rambut yang terbelah dan menjadikan rambut anda lembap dan bersinar.

Tunggu apa lagi? Dapatkan Sailajah Hair Treatment Serum anda sekarang! Layari laman web kami di sini.