Cara Melebatkan Rambut Dengan Cepat dan Berkesan

heading_title

Impian setiap wanita untuk mengetahui cara melebatkan rambut yang berkesan.


Rambut yang lebat dan sihat membuatkan seseorang kelihatan lebih cantik dan menawan. 


Rambut yang tampak lebih berkilat dan lembut pasti menambahkan lagi keyakinan para wanita di luar sana. 


Namun, tidak semua wanita memiliki rambut yang lebat dan sihat. 


Terdapat pelbagai faktor seperti gaya hidup sihat, masalah kesihatan, penggunaan produk kesihatan dan faktor genetik yang boleh mempengaruhi keadaan rambut.


Tidak perlu risau, terdapat pelbagai cara dan produk yang boleh anda lakukan untuk melebatkan rambut.


Berikut adalah beberapa tips dan cara mudah untuk melebatkan rambut.


Punca Rambut Gugur

cara melebatkan rambut

Adakah anda sedar yang rambut anda semakin menipis? 


Bagi wanita jika masalah rambut gugur ini berlarutan, ia akan mengganggu emosi dan mengurangkan keyakinan diri. 


Ini antara punca terjadinya rambut gugur dan anda boleh lihat dengan lebih detail di sini. 


Cara Terbaik untuk Melebatkan Rambut

Ramai wanita mengalami keguguran rambut di waktu usia muda.


Ini beberapa tips untuk melebatkan rambut secara semulajadi. 

  1. Gunakan Produk yang Sesuai

cara melebatkan rambut

Kenal pasti masalah anda sama ada rambut rosak, rambut gugur atau berkelemumur sebelum membeli produk rambut (syampu, conditioner atau serum rambut). 


Sebagai contoh, untuk rambut gugur, cara yang terbaik adalah dengan mencari produk khas untuk rambut gugur dan boleh melebatkan rambut. 


Antara produk yang boleh melebatkan rambut adalah serum treatment dari sailajah yang dapat membantu pertambahan anak rambut dan memulihkan kembali rambut yang rosak. 


Pastikan memilih produk yang sesuai dengan jenis rambut anda dan membaca label produk sebelum membelinya. 

  1. Makan Makanan Sihat

cara melebatkan rambut

Makan makanan sihat yang kaya dengan vitamin dan mineral supaya dapat membantu menjaga keadaan rambut dan membuat rambut lebih sihat dan lebat. 


Contohnya, makan makanan seperti ikan, telur, kekacang, sayuran hijau, dan buah-buahan dapat membantu menjaga kesihatan rambut.


Kekurangan vitamin E dan zink menyebabkan rambut gugur dan semakin menipis.


Amalkan diet pemakanan yang seimbang seperti vitamin A,B,C, E, dan zat besi. 


Selain itu, anda juga boleh consume vitamin atau pil khas untuk melebatkan rambut yang terdapat di pasaran. 

  1. Hindari Penggunaan Produk Berbahaya

Penggunaan produk berbahaya seperti pewarna rambut, produk pengembang, dan dandanan rambut dapat merosakkan rambut dan membuat rambut lebih nipis jika tidak dijaga dengan rapi.


Jadi, jika anda ingin mewarna rambut, pastikan ianya dari bahan semulajadi seperti inai dan tidak membahayakan kesihatan. 


Elakkan menggunakan pengering atau pelurus rambut dengan kerap kerana akan merosakkan kelembapan rambut sedia ada. 


Pastikan produk rambut yang digunakan tidak mempunyai sebarang SLS atau paraben jika kulit anda sensitif terhadap produk tersebut. 

  1. Urut Kulit Kepala Dengan Minyak Pati

cara melebatkan rambut

Teknik urutan kulit kepala ini dapat melancarkan peredaran darah pada kulit kepala. 


Cara lain adalah sapukan minyak kelapa dara atau minyak zaitun pada rambut untuk rambut yang lebih sihat, tebal dan bersinar. 


Selain itu, anda boleh menggunakan bahan semulajadi untuk melebatkan rambut seperti aloe vera atau castor oil kerana minyak ini kaya dengan vitamin yang mampu menumbuhkan anak rambut. 


Yang paling penting sekali, urut kulit kepala dengan perlahan dan berhati-hati ketika menyikat rambut untuk mengelakkan rambut gugur dengan banyak. 


Tidak digalakkan untuk menyikat rambut ketika rambut basah kerana akan menyebabkan rambut tersangkut pada sikat dan menyebabkan keguguran rambut. 

  1. Mengurangkan tekanan

cara melebatkan rambut

Perasan tak apabila anda stress rambut banyak gugur? 


Kesan negatif ini mengganggu pertumbuhan rambut anda.


Ini adalah salah satu punca kenapa anda kena kawal tahap tekanan anda. 


Untuk menjamin kesihatan dalaman dan luaran terutamanya rambut, elakkan terlalu stress kerana akan menyebabkan rambut anda gugur. 


Untuk mengawal tekanan, anda boleh bersenam atau menggunakan teknik pernafasan yang betul. 


Cara ini dapat membantu anda untuk mengurangkan rambut gugur dan dapat menyihatkan peredaran darah kulit kepala anda. 


Selain itu, tidur yang cukup juga amat penting untuk mengelakkan anda stress pada keesokan harinya. 

Produk Terbaik untuk Melebatkan Rambut

  1. Syampu dan conditioner yang sesuai

syampu sailajah

Cari produk yang sesuai dengan jenis rambut anda yang dapat memberikan nutrisi yang cukup untuk membantu melebatkan rambut.


Syampu dan conditioner ini biasanya mengandung bahan-bahan seperti biotin, keratin, dan vitamin yang membantu menguatkan akar rambut dan mencegah dari rambut gugur.


Anda boleh dapatkan syampu yang terbaik untuk melebatkan rambut di sini.  

  1. Minyak Rambut untuk Melebatkan Rambut

Minyak rambut atau serum rambut dapat melebatkan rambut kerana mempunyai bahan semulajadi yang dapat membantu pertumbuhan anak rambut. 


Beberapa jenis minyak rambut seperti minyak kelapa dara, minyak zaitun, dan castor oil mempunyai banyak manfaatnya bukan sahaja pada rambut tetapi pada kulit juga.  


Cara penggunaan yang tepat adalah dengan menyapu minyak rambut ke akar rambut dan mengurut sekali kulit kepala dengan lembut. 

  1. Suplemen untuk Melebatkan Rambut

Suplemen tertentu dapat membantu meningkatkan pertumbuhan rambut dan menguatkan akar rambut. 


Beberapa jenis suplemen yang popular adalah suplemen biotin, keratin, dan vitamin B-complex.


Kebiasaannya, suplemen vitamin rambut ini mempunyai agen pelembab dan minyak bunga matahari atau avocado yang membantu keperluan rambut untuk mendapat vitamin yang mencukupi. 


Suplemen ini boleh didapati di pasaran secara online atau di kedai Watson atau Guardian. 

Sailajah Hair Treatment Serum

hair treatment

Sailajah hair treatment serum antara yang terbaik untuk menguatkan akar rambut dan melebatkan rambut. 


Serum ini membantu dalam merawat rambut anda yang rosak dan meningkatkan pertumbuhan rambut yang banyak. 


Ianya juga mengandungi 20 jenis minyak ekstrak herba untuk merawat kulit kepala dan rambut anda. 


Cara pakai serum ini adalah dengan menyapu serum ini hingga meresap ke dalam kulit kepala dan hujung pangkal rambut anda. 


Kesimpulan dengan mengikuti tips ini serba sedikit dapat membantu anda untuk melebatkan rambut secara semulajadi serta dapat merawat rambut anda dari rosak.


Hindari dari menggunakan produk rambut yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya.


Gunakan syampu dan conditioner yang lembut untuk mengelakkan rambut dari kering dan gugur. 

punca rambut gugur

Jangan biarkan rambut gugur dan semakin menipis! Rawat dengan syampu rambut kami yang terbukti berkesan untuk menguatkan akar rambut dan melebatkan rambut. 


Rahsia untuk rambut yang lebih sihat dan lebat ada pada Syampu Sailajah.