Syampu Untuk Rambut Gugur Terbaik 2023!

heading_title

Rambut merupakan mahkota seseorang, tak kiralah lelaki mahupun perempuan. 

Boleh jadi satu mimpi ngeri apabila rambut mula gugur terutamanya bagi individu yang masih muda. 

Namun, rambut gugur ini sebenarnya normal kerana rambut mempunyai tiga fasa normal iaitu tumbuh, kekal dan gugur. 

Tetapi kalau gugur terlalu banyak, mungkin ada faktor risiko yang mempercepatkan proses pengguguran rambut seperti diet dan hormon. 

Ada juga faktor lain seperti shampoo dan pewarna yang tidak sesuai dengan rambut anda yang menyebabkan masalah rambut gugur ni. 

Oleh itu, hari ini kami akan kongsikan dengan anda apakah yang menyebabkan rambut gugur dan macam mana nak pilih shampoo yang tepat untuk masalah rambut gugur.

Simptom dan Faktor Keguguran Rambut

Rambut gugur yang bermasalah tidak sama macam rambut gugur biasa yang semua orang lalui. 

Jom tengok tanda-tanda dan penyebab rambut gugur. 

4 Simptom Rambut Gugur

syampu untuk rambut gugur

1. Rambut gugur secara tiba-tiba

Jenis rambut gugur secara tiba-tiba ni biasanya menyebabkan penipisan rambut secara keseluruhan. 

Maknanya, anda boleh rasa rambut anda semakin menipis tetapi tidaklah sehingga botak bertompok.

2. Penipisan secara berperingkat di atas kepala 

Jenis keguguran ini adalah yang paling biasa dihadapi oleh lelaki dan wanita terutamanya apabila umur semakin meningkat.

3. Keguguran rambut atau bulu di seluruh badan

Terdapat kes di mana keadaan dan rawatan perubatan seperti kemoterapi untuk kanser boleh mengakibatkan kehilangan rambut di seluruh badan. 

Namun, rambut biasanya akan tumbuh semula.

4. Tompok botak

Biasanya jenis keguguran ini mempengaruhi kulit kepala tetapi boleh juga berlaku di bahagian janggut dan kening. 

3 Punca Rambut Gugur

syampu untuk rambut gugur

1. Keturunan

Kebotakan yang dipanggil androgenetic alopecia merupakan sejenis masalah rambut gugur yang memberi kesan kepada lelaki dan wanita. 

Bagi wanita, kebotakan boleh berbentuk bertompok yang makin lama makin melebar atau penipisan rambut yang sangat ketara. 

Lelaki pula mengalami kebotakan disebabkan hormon dan genetik yang mula muncul apabila umur semakin meningkat.

2. Tekanan 

Tekanan sama ada fizikal mahupun emosi boleh menyumbang kepada masalah keguguran rambut.

Tekanan fizikal seperti penyakit yang teruk, pembedahan atau kemalangan kereta boleh menyebabkan kehilangan rambut sementara. 

Jenis keguguran rambut ini dipanggil telogen effluvium. 

Tekanan emosi kadar rendah dan normal juga menjadi punca keguguran rambut

3. Produk rambut 

Produk rambut mengandungi bahan kimia yang boleh menyumbang kepada masalah rambut gugur tetapi jika berada dalam paras terkawal, tiada masalah. 

Jika shampoo dan pelembap anda mempunyai bahan kimia pada paras yang tinggi boleh menyebabkan rambut gugur. 

Produk menggayakan rambut dan pewarna rambut jika digunakan secara kerap juga boleh membahayakan rambut anda. 

Sebab itulah ianya sangat penting anda pastikan hanya bahan-bahan yang selamat berada dalam semua produk rambut anda. 

Bahan Penting dalam Shampoo untuk Rambut Gugur

syampu untuk rambut gugur

Jika anda mempunyai masalah rambut gugur, menggunakan shampoo khas untuk mengatasi masalah ini merupakan langkah pertama. 

Antara ramuan terbaik yang anda boleh dapatkan dalam shampoo untuk rambut gugur adalah:

  • Niacin – vitamin B ini mampu merangsang peredaran darah di kulit kepala, melebatkan rambut dan mengurangkan rambut gugur.

  • Biotin – vitamin H ini mempunyai manfaat yang sama seperti Niacin. Ia juga mampu mengelakkan masalah rambut rapuh. 

  • Histidine – ia sejenis asid amino yang mampu bantu menyerap zat tembaga daripada rambut serta melindungi daripada kerosakan akibat sinaran UV.

  • Phyto-caffeine – kafein dipercayai mampu mengehadkan kadar testosteron pada akar rambut. Maka, testosterone lebih sukar masuk ke dalam rambut

  • Minoxidil – bahan aktif ini selamat digunakan dalam shampoo untuk rambut gugur sebanyak 2%

Petua dan Langkah Pencegahan Penting untuk Rambut Gugur

syampu untuk rambut gugur

Rawatan klinikal dan berasaskan ubat mampu membantu mengurangkan rambut gugur anda juga boleh lakukannya di rumah. 

 1. Minyak Kelapa

Minyak kelapa boleh digunakan untuk menghalang kerosakan rambut akibat daripada sinaran UV. 

Ia juga boleh bantu mengurangkan kehilangan protein pada rambut. 

 2. Jus Bawang

Jus bawang boleh digunakan untuk merawat rambut gugur dan membantu masalah kebotakan. 

Jika anda boleh tahan dengan baunya, anda boleh gunakan jus bawang untuk pertumbuhan rambut. 

 3.Urutan Kulit Kepala

Mengurut kulit kepala boleh bantu mengembalikan pertumbuhan rambut, meningkatkan ketebalan rambut dan lapisan papila dermis.

Dengan cara ini, anda boleh meningkatkan pengaliran darah dan man melembutkan kulit. 

 4. Aloe Vera

Aloe vera merupakan antara tumbuhan yang boleh membebaskan folikel rambut daripada tersumbat dengan minyak berlebihan dan mengurangkan kelemumur.

Kandungan vitamin B12 dan asid folik dalam aloe vera boleh bantu mencegah rambut gugur. 

 5. Minyak Pati Rosemary

Minyak pati rosemary mempunyai sifat antiseptik yang tinggi yang boleh merawat kulit kepala daripada jangkitan dan kelemumur. 

Minyak ini mempunyai keupayaan yang sama seperti Minoxodil 2% dalam merawat botak mengikut corak serta mampu mengurangkan gatal pada kulit kepala. 

Shampoo untuk Rambut Gugur

syampu sailajah

Jika anda mencari shampoo untuk rambut gugur yang mengandungi bahan-bahan semulajadi yang berkhasiat dan baik untuk anda, dapatkannya di Sailajah.

Sailajah Natural Hair Nourishment Shampoo mengandungi minyak Castor, Argan, Basil dan Lavender untuk mengekalkan rambut dan kulit kepala sihat.

Bukan itu sahaja, shampoo ini juga mengandungi ekstrak dari tumbuhan yang baik untuk rambut seperti Rosemary, Chamomile, Centella Asiatica, Licorice dan Patchouli. 

Shampoo ini mempromosikan pertumbuhan rambut, mengelakkan rambut rosak dan mengurangkan kekusutan.

Rambut anda akan lebih kuat dan kurang gugur apabila anda menggunakan Sailajah Natural Hair Nourishment Shampoo. 

Bagi mereka yang sering menggayakan rambut seperti mewarna rambut, anda tak perlu risau sebab shampoo ini selamat digunakan untuk rambut anda!

Yang paling penting, shampoo ini tidak mengandungi bahan kimia yang merosakkan rambut anda. 

Sailajah Natural Hair Nourishment Shampoo tidak mengandungi sodium lauryl sulfate (SLS) dan Paraben. 

Paraben ni bahaya sebab mengganggu hormon, membahayakan kesuburan dan organ pembiakan, malah meningkatkan risiko kanser. 

SLS pula mampu menyebabkan iritasi pada mata, kulit, mulut dan paru-paru anda. 

Bukan itu sahaja, SLS mengakibatkan pelucutan berlebihan protein dan minyak semulajadi.

Keratin adalah sejenis protein yang boleh membentukkan rambut. Penggunaaan SLS boleh menyebabkan hujung rambut bercabang, patah dan rambut yang sukar diurus.

Oleh itu, sangat penting untuk anda pilih shampoo yang mengandungi bahan semulajadi yang memberikan khasiat kepada rambut anda.

Kesimpulan 

Shampoo merupakan produk utama yang diperlukan oleh rambut anda untuk membersih dan menyihatkan. 

Tetapi, jika shampoo yang menyebabkan dan menyumbang kepada masalah rambut seperti rambut gugur, macam mana?

Sebab itulah anda perlu pastikan anda menggunakan shampoo yang sesuai dengan masalah yang anda hadapi. 

Dalam kes rambut gugur, pastikan shampoo yang anda gunakan bebas dari bahan kimia yang membahayakan seperti Paraben dan SLS. 

Bagi menguatkan rambut dan kulit kepala, dapatkan shampoo yang menggunakan bahan semulajadi. 

Jawapannya ada pada Sailajah Natural Hair Nourishment Shampoo!


Dapatkan Sailajah Natural Hair Nourishment Shampoo Sekarang Untuk Rambut Yang Sihat Dan Cantik