Inilah Punca Rambut Gugur! Elakkan Kesilapan Ini!

heading_title

Ketika menyikat rambut, segenggam rambut yang terlekat itu menandakan seseorang mengalami masalah rambut gugur.


Keadaan menjadi lebih teruk lagi apabila keguguran sehingga menjadi botak atau dipanggil alopecia.


Rambut adalah mahkota bagi semua perempuan dan lelaki. Jika ia bermasalah, pasti merunsingkan.


Jangan risau, setiap masalah ada rawatan. Sebelum itu, anda perlu kenalpasti dulu punca rambut gugur.


Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui info dengan lebih lanjut.


Jenis Keguguran Rambut


keguguran rambut

 

1. Telogen Effluvium

Sekiranya seseorang itu mengalami keguguran rambut daripada seluruh kulit kepala kemungkinan penghidap Telogen Effluvium.


Ia terjadi apabila lebih 20% folikel seseorang itu secara tiba-tiba memasuki fasa telogen, mengurangkan jumlah folikel yang secara aktif menumbuhkan rambut.


Kebanyakannya disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya, faktor tekanan seperti trauma emosi, kerja berat, dan pembedahan.


Manakala, faktor lain boleh juga disebabkan alahan pewarna rambut.


2. Alopecia

Ia sejenis keguguran rambut keturunan. Rambut gugur dalam pelbagai bentuk seperti keguguran pada tompok yang jelas hingga rambut gugur sepenuhnya.


Alopecia terbahagi kepada dua jenis iaitu alopecia androgenik dan alopecia areata.


      Alopecia androgenik


Ia boleh dilihat melalui botak mengikut corak lelaki atau wanita yang mana berbeza.


Botak mengikut corak lelaki iaitu penyebab yang biasa bagi lelaki ialah disebabkan oleh keturunan.


Keadaan ini boleh berlaku seawal umur dua puluhan. Rambut mula kelihatan botak di bahagian anak rambut bahagian hadapan dan atas kepala.


Botak mengikut corak wanita pula iaitu berlaku kepada wanita yang ada kecendurangan genetik. Rambut menjadi semakin nipis di seluruh kepala terutama di bahagian atas kepala.


    Alopecia Areata


Ia terjadi disebabkan oleh penyakit auto imun iaitu liang rambut dimusnahkan oleh sel pesakit sendiri.


Keadaan ini boleh menyebabkan:


    Tompokan-tompokan botak

    Botak di keseluruhan kepala

    Botak di keseluruhan rambut kepala, kening, ketiak dan bulu kemaluan


Tahap Pertumbuhan Rambut


Kitaran rambut terbahagi kepada tiga fasa iaitu:


    Fasa pertumbuhan (anagen) berakhir sehingga 2-6 tahun

    Fasa segenerasi separa (catagen) berakhir sehingga 10-14 hari

    Fasa rehat (telogen) sehingga 2-3 bulan dimana rambut akan gugur


Namun, setiap hari dianggarkan beberapa helaian rambut akan mengalami keguguran mengikut kitaran.


Normalnya, dalam sehari lebih kurang 100 helai rambut boleh gugur. 


Inilah Punca Rambut Gugur

punca rambut gugur


1. Diet Tidak Sihat


Mengamalkan diet yang tidak sihat atau seimbang boleh menyebabkan kekurangan zat dan nutrien makanan dalam badan.


Ia seterusnya menyebabkan kekeringan kulit kepala dan rambut sehingga keguguran rambut secara berlebihan.


Oleh itu, amalakan diet yang sihat.


2. Aksesori dan Gaya Rambut Tidak Sesuai

 

Penggunaan aksesori dan produk rambut yang banyak tetapi tidak sesuai boleh menyebabkan rambut gugur.


Mungkin ada kandungan dalam produk rambut yang mengandungi bahan kimia yang tidak baik untuk rambut dan kulit kepala.


Aksesori rambut pula seperti tali elastik dan gaya rambut bagi wanita berhijab yang terlalu ketat dan tegang antara punca rambut boleh gugur.


3. Pengayaan Rambut Berlebihan


Berlebihan dengan rawatan rambut kimia dan alat penggayaan yang panas boleh menyebabkan rambut gugur.


Oleh itu, kurangkan penggayaan rambut yang ekstrem.


Cara Merawat Rambut Gugur

hair care product

Sailajah merupakan jenama tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2013 dan telah berkembang daripada perniagaan penjagaan kulit secara kecil-kecilan kepada empayar kesihatan dan kecantikan.


Produk Sailajah adalah produk inovatif dan semulajadi yang amat sesuai dengan setiap keperluan pengguna Malaysia daripada penjagaan rambut, penjagaan kulit dan penjagaan badan.


1. Amalkan penggunaan Sailajah Scalp Tonic

scalp tonic

Penggunaan shampoo sahaja tidak mencukupi dalam rutin penjagaan rambut. Anda harus menggunakan tonik untuk kulit kepala bagi menjamin kesihatan rambut yang lebih menyeluruh.


Apakah kelebihan menggunakan tonik untuk kulit kepala ini?


Sebenarnya, penggunaan tonik ini bukan sahaja untuk mereka yang mengalami masalah rambut gugur. Ia juga boleh digunakan dalam proses pertumbuhan rambut.


Hal ini kerana tonik untuk kulit kepala ini bertindak sebagai vitamin tambahan bagi meningkatkan pertumbuhan rambut yang baru.


Jadi, anda perlu amalkan penggunaan tonik untuk kulit kepala ini sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali seminggu.


Pastikan anda menggunakannya secara konsisten dan mengikut saranan yang telah ditetapkan pada manual penggunaan.


Anda tak tahu nak pakai tonik apa? Kami mencadangkan untuk mencuba Sailajah Scalp Tonic.


Tonik ini membantu mencegah rambut pramatang, penipisan rambut, memperbaiki dan menguatkan pertumbuhan rambut, serta meransang pengeluaran rambut.


Selalunya, keberkesanan tonik dapat dilihat sekurang-kurangnya setelah 2 bulan.


Cara terbaik memakai tonik adalah selepas shampoo, goncang dan sembur tonik pada kulit kepala separa basah atau kering lalu buat urutan lembut.


2. Guna Hair Treatment Serum

 punca rambut gugur

Selain shampoo dan tonik, penggunaan serum juga sangat penting untuk penjagaan rambut.


Jika anda mencari serum yang ringan dan tidak melekit, gunakan Sailajah Hair Treatment Serum.


Serum ini mempunyai pelbagai fungsi untuk kulit kepala dan rambut iaitu:


    Meningkatkan pertumbuhan rambut

    Rambut lebih tebal dan kukuh

    Menjadikan rambut lebih lembut


Ia mengandungi 20 jenis ekstrak minyak herba untuk mengelakkan masalah dalam penjagaan rambut.


Tektsur serum ini juga tidak berminyak dan terasa lembut pada rambut.


Untuk kesan yang optimum, cara penggunaan serum juga ada caranya.


Anda boleh sapukan serum ini pada kulit kepala dan rambut.


Pastikan kulit kepala berada dalam keadaan kering kerana penggunaan serum pada bahagian kulit kepala semasa lembap boleh menyebabkan masalah kelemumur.


Oleh itu, gunakan serum hanya pada bahagian rambut sahaja dan elakkan daripada terkena kulit kepala.

Jika ada masalah kulit kepala dan rambut, atasi dengan segera agar kekal bersih dan sihat.


Anda patut cuba Sailajah Natural Hair Products yang telah mendapat kepercayaan ramai pengguna di Malaysia. 

 

Dapatkan Sailajah Natural Hair Products Sekarang!

Related Post

Detangling Hack For Good Hair Day: Natural Hair Serum

Detangling Hack For Good Hair Day: Natural Hair Serum

The best time to use your natural hair serum is when your hair is half towel-dried. When damp, it is easier to evenly cover each strand of hair with your hair serum. As much as hair serum is beneficial, you would only need to apply the serum from the mid to the ends of your hair. Remember, you don't have to use the serum on the scalp.